BUKIT MERTAJAM, 25 April – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan agensi penguatkuasaan supaya mengambil
tindakan segera menangani masalah dalam pelaksanaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (CBP).

Kata Muhyiddin, beliau telah bercakap dengan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek supaya langkah
perundangan dan penguatkuasaan dapat dilakukan segera.

“Kalau lama sangat orang tak lihat orang yang langgar undang-undang
dikenakan hukuman yang setimpal,” katanya kepada media selepas proses
penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Institut
Kemahiran Belia Negara di sini hari ini.

Katanya masalah pelaksanaan CBP berlaku disebabkan kekeliruan kerana CBP
yang dilaksanakan di Malaysia melibatkan tiga kategori.

“CBP yang kita buat ada pengecualian, ada zero rated (berkadar sifar) dan
tak dikenakan CBP. Tak ada negara di dunia yang buat CBP macam Malaysia.
Malaysia buat cara kita sendiri. Di lebih 160 negara yang laksanakan CBP, tak
ada pengecualian, semua dikenakan (CBP). Itu kelebihan kita,” katanya.
-Faizal Dato Badarudin, Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY