KUALA LUMPUR, 3 Nov – Beberapa laluan di Jalan Tun Razak akan
mengalami perubahan bermula 8 Nov ini berikutan pelaksanaan penyuraian trafik
bagi mengurangkan kesesakan trafik di jalan itu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata kenderaan
dari Jalan Pekeliling Lama hanya dibenarkan susur keluar ke Jalan Ipoh/Jalan Tun
Razak manakala untuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar, mereka perlu menggunakan
persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak.

Kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Jalan Semarak/Jalan Ampang) pula
dikehendaki melalui Bulatan Pahang jika ingin ke Jalan Ipoh.

Sementara itu, kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang) ke Jalan
U-Thant dikehendaki memilih laluan di bawah jejambat persimpangan Jalan Semarak/
Jalan Tun Razak melalui persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak.

Menurut kenyataan itu lagi, kenderaan ke arah Cheras dan selatan masih boleh
menggunakan laluan sedia ada tetapi tidak boleh membelok ke Jalan U-Thant.

Kenderaan dari arah Jalan Ampang (dari Jalan Jelatek) yang memasuki susur
kiri ke Jalan Tun Razak (selatan) hanya akan dibenarkan memasuki Jalan U-Thant
sahaja. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY