SHAH ALAM, JUN 19:LGE…Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disaran menyerahkan tanggungjawab membongkar segala salah laku dan penyelewengan kepada menteri atau agensi lain.

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memberitahu Guan Eng bahawa jawatan menteri kewangan ini statusnya lebih sensitif.

“Setiap kenyataan (menteri kewangan) akan merujuk terus kepada pelabur,” kata Anwar yang dipetik dalam rakaman wawancara program terbitan Astro Awani, ‘AI’ yang bakal ke udara Khamis ini.

Bekas menteri kewangan mengulas soalan mengenai laporan Moody’s Investors Service yang menyebut fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuskan ketidaktentuan polisi yang dibimbangi penganalisis akan menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi negara sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur asing dalam pasaran modal Malaysia.

“Tetapi, dalam keadaan sekarang, menteri juga bertanggungjawab menyebut tentang segala bentuk perjanjian, membongkar penipuan.

“Beliau boleh tugaskan kepada satu atau dua menteri lain serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjelaskan mengenai segala pembongkaran,” kata Anwar lagi.-MY WD