KUALA LUMPUR, MAY 1: Gambar di Bagan Datuk yang tersebar itu mempunyai bahasa yang tidak dikenali ramai, namun sebenarnya itu adalah tulisan bahasa Telugu yang digunakan oleh masyarakat Telugu di Bagan Datuk.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menempelak pihak pembangkang yang memfitnah kain rentang kempen Barisan Nasional (BN) berbahasa Telugu di Bagan Datuk, Perak.

“Bila pembangkang asyik ulang kisah ‘pengundi’ Bangladesh, kain rentang pun turut difitnah.

“Kita di Malaysia hidup pelbagai kaum, salah satunya masyarakat Telugu dan ini adalah bahasa mereka,” kata Najib menerusi catatan di laman Twitter beliau.-MY WD