SERDANG, 18 Mac – SEDIA….. Timbala ┬áPerdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaannya berundur awal daripada dunia politik bagi memberi laluan kepada pelapis mengambil alih.

Ahmad Zahid berkata, ia termasuk membuka ruang muka baharu menerajui kepemimpinan negara terutama di kawasan Parlimen yang disandangnya iaitu Bagan Datuk, Perak.

Pada masa sama, katanya, kesediaan itu adalah atas kesedaran mahu mengelak daripada menjadi seperti seorang pemimpin yang terus bernafsu untuk bertanding pada pilihan raya walaupun pada usia mencecah 93 tahun.

“Cukup-cukuplah, beri sama peluang kepada anak-anak muda termasuk di Bagan Datuk sendiri. Saya tidak mahu bertanding sehingga berusia 93 tahun.

“Saya tidak mahu menongkat langit,” katanya pada majlis Aspirasi Transformasi Nasional (TN50) @Bagan Datuk di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

Ahmad Zahid, 65, yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, menyuarakan komitmennya untuk berkhidmat kepada semua terutama di kawasannya.

“Berbekalkan keringat yang masih ada ini, saya akan terus beri perkhidmatan terbaik sekali pun nikmat pembangunan itu hanya dinikmati pada 2050,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahmad Zahid memenangi kerusi Bagan Datuk dengan 17,176 undi, menewaskan calon PKR, Madhi Hasan yang memperoleh 15,068 undi. – WD MY