LONDON, 21 Jun – Komited……. Perdana Menteri Britain, Theresa May, berkata kerajaannya komited untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) dan sedia menerima pandangan daripada pelbagai pihak sepanjang proses pelaksanaan Brexit.

May yang menerima tekanan hebat, termasuk daripada beberapa tokoh kanan parti berhubung pelaksanaan Brexit, selepas beliau gagal memperoleh majoriti dalam pilihan raya awal bulan ini.

“Pertama, kita perlu memastikan Brexit dilaksanakan dengan betul. Ia bermakna menjamin perjanjian yang mampu memberikan hasil mengikut keputusan pungutan suara tahun lalu.

“Jadi, untuk mencapainya kita memerlukan sokongan padu orang ramai,” kata May dalam satu kenyataan menerusi e-mel menjelang pelancaran agenda perundangan kerajaan minoritinya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Philip Hammond, berusaha meredakan keadaan susulan langkah konfrontasi yang diambil oleh May terhadap EU, dengan berkata, Britain perlu mengutamakan sektor pekerjaan dan perniagaan.

Malah, Hammond menekankan perlunya satu tempoh peralihan dirancang bagi mengelak pelaksanaan Brexit menjejaskan keadaan ekonomi negara itu. – WD MY