KUALA LUMPUR, OGOS 13:DIBUBAR..Kabinet memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN), berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata perkara itu diputuskan dalam dua mesyuarat Kabinet sebelum ini.

“PLKN dan BTN akan diganti dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa depan berwawasan dan tinggi nilai jati diri.

“Program baharu yang diuruskan KBS itu akan membabitkan penstrukturan semula fungsi, perjawatan, peruntukan kewangan dan aset,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.-MY WD