KUALA LUMPUR, JULAI 23:RENDAH….Bursa Malaysia dibuka rendah menjejaki prestasi pasaran serantau dan mengambil petunjuk daripada penyusutan Wall Street Jumaat lalu, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.66 mata pada 1,752.01 daripada 1,754.67 penutup Jumaat.

Indeks itu dibuka 1.53 mata lebih rendah pada 1,753.14.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 121 berbanding 120 dengan 198 tidak berubah dan 1,495 tidak didagangkan manakala 39 yang lain digantung.

Sejumlah 124.35 juta saham bertukar tangan bernilai RM51.60 juta.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank dan Public Bank menokok dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.81 dan RM23.96, manakala Tenaga dan Petronas Chemicals susut empat sen setiap satu masing-masing kepada RM14.78 dan RM8.70, dan CIMB susut dua sen kepada RM5.79.-MY WD