Cadangan Turunkan Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Akan Dibincang Dalam Mesyuarat Kabinet Kata...

Cadangan Turunkan Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Akan Dibincang Dalam Mesyuarat Kabinet Kata TPM Ahmad Zahid

770
0

PUTRAJAYA 25 Jan. – CADANGAN…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata satu kertas kerja daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk cadangan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Cadangan tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai Isu-Isu Perumahan di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Ahmad Zahid berharap kadar faedah pinjaman yang kompetitif itu akan dapat dipatuhi oleh bank-bank komersial untuk mengurangkan beban para pembeli.

“Untuk pengurangan faedah pinjaman perumahan ini, Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi telah membincangkan cadangan ini tetapi keputusan mesti dibuat dahulu di peringkat Kabinet,” katanya di sidang media hari ini. – WD MY