KUALA LUMPUR, 15 Julai – Barangan milik 132 penjaja yang tidak
berlesen telah disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar bazar
Ramadan Jalan Masjid India dalam operasi sebulan sejak 8 Jun lepas.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Osman Ismail berkata daripada
132 penjaja yang diambil tindakan itu, sebanyak 59 penjaja merupakan warga
asing.

Selain menyita barangan penjaja yang tidak berlesen, DBKL juga mengeluarkan
lebih 150 notis kompaun kesalahan kepada penjaja di bazar itu serta membatalkan
lapan lesen penjaja ekoran menjual tapak kepada warga asing untuk berniaga,
katanya.

Beliau berkata berkata demikian bagi mengulas laporan media yang menyatakan
DBKL tidak menjalankan tugas membanteras peniaga tidak berlesen di bazar Ramadan
Jalan Masjid India.

Osman berkata DBKL menempatkan lebih 400 anggota penguatkuasa yang bertugas
tiga syif dalam tempoh 24 jam setiap hari.

“Petugas akan membuat pemantauan dan mengambil tindakan ke atas penjaja
tanpa lesen, menyebabkan halangan, penjaja warga asing serta penjaja yang
menyalahi syarat lesen. Pemantauan termasuk kawalan orang ramai dan
lalu lintas jalan,” katanya.

Menyentuh dakwaan Gabungan Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja
Kecil Wilayah Persekutuan yang menyatakan pendapatan mereka terjejas berikutan
DBKL gagal mengawal penjaja haram yang berleluasa, Osman berkata beliau belum
menerima sebarang aduan daripada persatuan.

Persatuan itu turut menuntut pulangan separuh daripada harga tapak di Jalan
Masjid India iaitu antara RM5,000 dan RM18,500 kerana kegagalan DBKL mengawal
penjaja haram. –

LEAVE A REPLY