14 Jun – Debaran…. Nantikan debaran bakal terjadi pada Jumaat ini tanggal 7 Julai 2021.

“Dalam Umno, bukan satu lagi rahsia bahawa Hishammuddin cuba menyelamatkan kerajaan PN yang disertai Umno kerana ini melibatkan ‘survival’ politik beliau,” menurut sumber.

Pada awal minggu lepas, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz mengumumkan beliau kembali menyokong Muhyiddin di Parlimen sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Manakala mengikut sumber, sebahagian besar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya dari UMNO tidak bersetuju dengan cadangan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat masa ini, dengan pertimbangan utamanya adalah pandemik COVID-19.

Sumber turut mengakui wujud usaha daripada pemimpin tertinggi UMNO sejak minggu lalu untuk mengumpul sokongan daripada Ahli Parlimennya bagi menarik sokongan kepada PN, sebelum dibawa pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk diputuskan.

 

Nazri sebelum ini dilaporkan mengaku sebagai perancang utama dalam mengumpul akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Hishammuddin.