Festival ‘iCHEF Malaysia’ Bakal Menjadi Tarikan Sejuta Pengunjung

Festival ‘iCHEF Malaysia’ Bakal Menjadi Tarikan Sejuta Pengunjung

1119
0

KUALA LUMPUR 15 Feb – Makanan…… Satu Festival ‘iCHEF Malaysia’ yang julung kalinya diadakan di Persiaran Perdana Presint 2, Putrajaya pada 24 hingga 26 Mac ini dijangka menarik hampir satu juta pengunjung.

Penaungnya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki berkata, program ini merupakan platform bagi memperkenalkan budaya dan makanan Malaysia di persada dunia.

“Festival ini juga dapat membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk melebarkan sayap serta penjenamaan syarikat masing-masing ke luar negara,” katanya pada sidang akhbar Festival ‘iCHEF Malaysia’ di sini hari ini.

Festival juga memberi peluang kepada usahawan tempatan dalam memberi fokus jati diri, kualiti, sistem dan penjenamaan seterusnya melebarkan sayap ke luar negara.

Di majlis berkenaan juga, Anggraini mengumumkan Chef Zubir Zain selaku Duta Rasmi festival berkenaan.

Antara yang menarik seperti “ICHEF BATTLE OF THE SIX CONTINENTS’ yang melibatkan 500 chef sebagai peserta dan 30 juri antarabangsa serta akan tercatat dalam Asia Competition Calendar 2017.

Festival berkenaan juga akan diiktiraf di dalam Guiness World Records bagi ‘World’s Largest Chef Gathering. – WD MY