KUALA LUMPUR,JUN 21:HARGA….Harga saham Telekom Malaysia Bhd (TM) jatuh ke paras terendah dalam tempoh beberapa tahun pada RM3.20, selepas kerajaan mengumumkan rancangan mengurangkan harga jalur lebar sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini.

Pada 10 pagi ini, TM susut 35 sen kepada RM3.28 dan ia diniagakan cergas dengan 21.86 juta saham bertukar tangan. Harga sahamnya terendah sejak akhir 2011.

Penurunan saham TM juga menjejaskan FBM KLCI, yang susut ke bawah paras sokongan 1,700 mata pagi ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo semalam berkata penurunan harga jalur lebar berikutan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 8 Jun lalu yang berkuatkuasa 1 Januari 2018.

Ia mengenakan harga siling borong bagi pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan syarikat telekomunikasi di pasaran.-MY WD