KUALA LUMPUR,JUN 30:CEMARI… Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin, bimbang kemungkinan pemilihan parti itu dicemari amalan politik wang di saat akhir pemilihan.

Biarpun mengakui berpuas hati dengan perjalanan pemilihan setakat ini, beliau menegaskan, setiap perwakilan perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak terjebak politik wang dalam memilih calon tertentu.

“Ya, saya ada mendengar perkara yang agak membimbangkan (politik wang).

Tapi, saya amat berharap apa yang saya dengar itu tidak betul dan dalam pemilihan kali ini tidak berlaku perbuatan ‘beli undi’ daripada perwakilan,” katanya.-MY WD