BATU PAHAT, MEI 1: : Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) cedera selepas jatuh ditolak dari atas pentas kempen dan ditumbuk seorang penyokong pembangkang dipercayai akibat salah faham dalam kejadian di Dataran Yong Peng, Batu Pahat, Johor, malam tadi.

Akibat dari tindakan itu, berlaku salah faham sebelum mangsa ditolak dan terjatuh dari atas pentas ceramah.

Kejadian yang berlaku di Dataran Yong Peng, Batu Pahat, Johor itu berpunca daripada tindakan provokasi ketika calon Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedang berucap.

Akibat daripada ditumbuk di dada dan ditolak jatuh pentas, Chen Fang-Hui cedera di dada dan kaki.

Ka Siong yang berkongsi kejadian itu dalam Facebook rasminya berkata, beliau kecewa apabila suasana kempen yang tenang dicemari keganasan pihak pembangkang.

Katanya, tidak kira apa juga rasa tidak puas hati mana-mana pihak, ia tidak boleh diselesaikan menerusi keganasan.

“Ketika kejadian saya sedang berucap di pentas sebelum tiba-tiba timbul kekecohan di belakang pentas dan ternampak mangsa ditolak dari atas pentas serta ditumbuk.

“Saya difahamkan masalah bermula disebabkan bendera parti tetapi adakah wajar seorang warga tua diperlakukan sedemikian rupa dengan ganas sehingga cedera.

“Mangsa dihantar mendapatkan rawatan berikutan kecederaan di dada dan kaki, malah disaran menjalani pemeriksaan menyeluruh berikutan jatuh dari pentas.”-MY WD