PUTRAJAYA, 23 Nov – Kampus Universiti Xiamen Malaysia di
Sepang, kampus luar negara pertama ditubuhkan oleh sebuah universiti terkemuka
China, bersedia mengambil penuntut pada Februari tahun depan, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kampus itu, yang ditubuhkan sebagai tanda hubungan dua hala
antara Kuala Lumpur dan Beijing, mempunyai fakulti khas untuk pengajian
perubatan tradisional Cina.

“Kami berharap China akan menghantar lebih ramai pelajar menuntut di
Malaysia,” kata Perdana Menteri pada sidang media bersama-sama dengan rakan
sejawatannya dari China Li Keqiang di sini, hari ini.

Terdahulu, Najib dan Li menghadiri mesyuarat dua hala dan mesyuarat delegasi
sebelum menyaksikan majlis pemeteraian memorandam persefahaman dan perjanjian
antara kedua-dua negara.

“Saya gembira bahawa kampus Universiti Xiamen di Malaysia akan
beroperasi tidak lama lagi,” katanya yang kini dalam lawatan rasmi tiga hari ke
Malaysia,” kata Li Keqiang.

Kampus Universiti Xiamen, yang dianggarkan bernilai AS$303 juta (RM1.3
bilion), dibina di kawasan seluas 60 hektar di Sepang. Ia mempunyai lima
bangunan akademik, enam blok kediaman pelajar, pusat aktiviti, kemudahan sukan
dan sebuah kafeteria.

Dalam pada itu, Najib berkata Malaysia dan China akan bekerjasama dengan
erat bagi memerangi keganasan dan ekstremisme ganas.

“Kerjasama ini amat penting buat kami supaya kami dapat membantu satu sama
lain,” katanya. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY