SANDAKAN, APRIL 30: KERAJAAN…Datuk Seri Najib Razak menyatakan komitmen berterusan kerajaan untuk mengukuhkan keselamatan Sabah bagi memastikan negeri itu selamat daripada sebarang ancaman.

Perdana Menteri berkata, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bagi memastikan keselamatan di Sabah.

Najib turut memberi jaminan kerajaan akan menjadikan Sabah, khususnya Sandakan sebagai destinasi pelancongan popular, sejajar kedudukan negeri itu yang menjadi destinasi diminati pelancong China.

Katanya, pelancongan ialah satu daripada potensi utama di Sabah yang boleh memberi kekayaan kepada rakyat.

“Kita mempunyai semua perancangan untuk menjadikan Sabah berkembang dan dikenali di serata dunia khususnya dalam bidang pelancongan, ekonomi dan perindustrian,” katanya.-MY WD