Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP)

Tajuk : Kerajaan Perlu Haramkan Individu Dua Kewarganegaraan Mengundi Pada PRU14

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini meminta kerajaan mengharamkan orang yang memiliki dua kewarganegaraan untuk mengundi pada PRU14 nanti pada 9 Mei bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku dalam pilihan raya di negara ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, ada bukti sebelum ini dalam PRU12 dan PRU13 mereka yang mempunyai kerakyatan di dua negara membantu undi pakatan pembangkang.

“Ada individu di negara ini mungkin ada dua kewsarganegaraan biasanya di Australia, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Saya mohon kerajaan haramkan pemegang dua kewarganegaraan dari mengundi, dimaklukan ada warga Singapura masih lagi memiliki Kad Pengenalan sah Malaysia,” kata Ramesh.

Beliau dalam kenyataan sama turut berkongsi satu gambar skrin di Facebook yang menawarkan perkhidmatan bas dari Singapura ke Malaysia untuk mengundi pada PRU14 disediakan oleh syarikat MTT Holidays Sdn Bhd.

Ramesh berkata, jumlah rakyat Singapura yang keluar sebelum dan ketika hari mengundi nanti perlu dipantau serta disiasat untuk mengelakkan kejadian berkenaan berulang.

Beliau turut meminta pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneliti Senarai Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya nanti adalah benar-benar sah dan bebas daripada mereka yang memiliki dua kewarganegaraan supaya mereka tidak mengundi.

Ramesh memetik kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang berkata menurut undang-undang, rakyat Malaysia tidak boleh memiliki dua kewarganegaraan.

Dalam peraturan, sesorang pemilih mesti berdaftar dengan SPR sebelum beliau boleh mengundi dan mereka layak mendaftar sekiranya mereka warganegara Malaysia, berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan, seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia dan tidak hilang kelayakan.

Seorang pemilih akan hilang kelayakan jika pada tarikh kelayakan, dia ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara atau sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan atau telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atau telah memperoleh kerakyatan asing.

Ramesh turut memetik kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di DUN Pujut yang mana ADUNnya Dr Ting Tong Choon dari DAP dilucutkan dan dipecat keanggotaanya kerana turut memiliki kewarganegaraan Australia.

Beliau berkata, pengundi dengan dua kewarganegaraan akan menyebabkan masalah dalam negara kerana proses demokrasi bakal terjejas.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden PMSP
#N54
#HutanMelintang

* WartaDaily MY tidak akan bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman berita ini. Ia adalah pandangan dan penulisan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.