KOTA BHARU, APRIL 11:LAWATAN…Perdana Menteri tiba di Kelantan hari ini bagi melakukan lawatan kerja termasuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini.

Datuk Seri Najib Razak akan merasmikan majlis pecah tanah ECRL pada pagi.

Perdana Menteri kemudian beredar ke Ketereh bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan Warga Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) dan kemudian akan menghadiri program ketiga dengan merasmikan Majlis Pecah Tanah Serentak Giat MARA Prima dan MRSM Ulul Albab di Padang Salim, Melor.

Najib kemudian akan menghadiri pertemuan tertutup Badan Perhubungan UMNO di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebelum mengakhiri lawatannya ke Kelantan.-MY WD