KUALA LUMPUR, 1 Okt – Malindo Air, sebuah syarikat penerbangan
hibrid Malaysia telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan
Awam Australia (CASA) untuk terbang dari Kuala Lumpur ke Perth.

Dalam satu kenyataan hari ini berkata dengan kelulusan ini, Australia menjadi negara kelapan
dalam rangkaian destinasi antarabangsa Malindo.

Perkhidmatan 11 kali seminggu itu akan bermula pada 11 Nov, 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Rama Muthy yakin bahawa perkhidmatan
tersebut akan membantu mengalakkan hubungan perdagangan dan perjalanan di antara
Australia dan Malaysia.

“Perth akan mengembangkan lagi liputan dan mengukuhkan proposisi pelanggan
dalam pasaran yang paling strategik di Asia,” katanya.

Tambang promosi untuk laluan baharu itu akan bermula dari RM599 untuk Kelas
Ekonomi dan RM1,499 sehala bagi Kelas Bisnes, termasuk elaun bagasi percuma,
hiburan dalam penerbangan, makanan serta minuman.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY