KOTA BHARU, 2 Jan – Menurun….. Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,010 orang, pagi ini.

Semua mangsa daripada 288 keluarga ditempatkan di 29 pusat pemindahan di Pasir Mas, Machang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli.

Berdasarkan portal e-Banjir, Kuala Krai mencatatkan bilangan mangsa paling tinggi iaitu seramai 510 orang daripada 132 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Di Tanah Merah, jumlah mangsa seramai 226 daripada 61 keluarga yang kini berada di lapan pusat pemindahan.

Di Pasir Mas pula seramai 159 mangsa membabitkan 63 keluarga di tujuh pusat pemindahan diikuti Machang, 79 penduduk daripada lapan keluarga dan Jeli berkurangan kepada 36 mangsa daripada 14 keluarga. – WD MY