MATTA FAIR: 7 SEPTEMBER 2018 SEHINGGA 9 SEPTEMBER 2018

MATTA FAIR: 7 SEPTEMBER 2018 SEHINGGA 9 SEPTEMBER 2018

623
0

KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 5: MATTA FAIR…Bersempena dengan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Fair 2018, sebuah syarikat pelancongan Selamatbercuti.com menawarkan lebih banyak pakej pelancongan yang menarik bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran syarikat itu, Siti Fatimah Madzalan, beberapa pakej yang baharu akan diperkenalkan kepada pelanggan iaitu Osaka, Alpine Route, Tokyo Cherry Blossom dan Hokkaido Ice Breaker yang menjadi tarikan terbaru rakyat Malaysia.

“Pakej yang disediakan adalah mesra muslim dari segi tempat dan makanan selain kami juga menyediakan lawatan ke masjid bagi pelancong yang berminat. Malah kami mengetahui selok-belok laluan utama sepanjang berada di negara matahari terbit itu.” katanya.

Matta Fair 2018 yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 September menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik kepada orang ramai dengan harga yang berpatutan.

Matta Fair edisi ke-46 ini akan menampilkan 1,356 gerai yang menawarkan pakej pelancongan domestik dan luar negara.

Menurut Siti Fatimah, pihaknya bukan sahaja menyediakan pelancongan ke Jepun tetapi juga menawarkan enam pakej ke Eropah Barat termasuk bandar utama seperti Manchester, Liverpool, Paris dan Zurich.

Sementara itu, di bawah Fiesta Melancong Mega 3 sebanyak 32 pakej berkumpulan ditawarkan pada harga serendah RM1,490 untuk destinasi ke Ho Chi Minh selama 4 hari 3 malam manakala ke West Coast Amerika Syarikat selama 11 hari 8 malam dengan harga RM13,390.

Menariknya, tambah Siti Fatimah, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan menjejaskan harga yang ditawarkan kepada pelanggan malah kekal seperti biasa.

“SST hanya dikenakan pada pakej tempatan, yang kami tawarkan adalah pelancongan luar negara dan harga kekal biasa.” ujarnya-MY WD