KUALA LUMPUR, 11 April – MSC Catat Rekod Tertinggi Pelaburan Baharu…Malaysia mencatatkan rekod tertinggi bagi jumlah pelaburan baharu membabitkan syarikat Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia pada tahun lalu meskipun berdepan persekitaran ekonomi mencabar.

Pada 2015, jumlah pelaburan baharu bagi syarikat MSC Malaysia sebanyak RM4.6 bilion, tertinggi sejak penubuhannya pada tahun 1996.

Jualan eksport syarikat MSC Malaysia menyumbang RM16.2 bilion daripada RM13.7 bilion pada 2014.

Dari segi kewujudan peluang kerja, jumlah pekerjaan bersih meningkat 16 peratus kepada 10,981 pada tahun lalu.

Prestasi MSC Malaysia itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDeC), Datuk Yasmin Mahmood, hari ini.

Pada taklimat mengenai prestasi MSC Malaysia itu, Yasmin juga mengumumkan nama baharu bagi MDeC dengan kini dikenali sebagai Malaysia Digital Economy Corporation sejajar dengan mandat kerajaan yang diberi kepadanya untuk memacu ekonomi digital.

Sebelum ini MDeC dikenali Multimedia Development Corporation.

LEAVE A REPLY