MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PEMUDA UMNO

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PEMUDA UMNO

718
0

KUALA LUMPUR, OKTOBER 9:PEMUDA UMNO… Pergerakan Pemuda UMNO akan menggerakkan satu misi bantuan perubatan dan kemanusiaan ke Kota Palu, Sulawesi, Indonesia bermula esok.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu, satu pasukan Pemuda UMNO yang terdiri daripada 11 orang akan berada di sana sehingga 16 Oktober depan.

Katanya, misi tersebut akan dikelola oleh Sekretariat Profeisonal Muda Pemuda UMNO dan diketuai oleh exco pergerakan itu, Datuk Dr. Najmil Faiz.

“Pasukan bantuan kemanusiaan ini pula akan diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Akmal Saleh. Seramai 11 sukarelawan yang menyertai misi terdiri daripada enam doktor perubatan, tiga sukarelawan penyelamat dan masing-masing seorang ahli farmasi serta ahli fisioterapi, “ kata beliau dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Asyraf Wajdi dalam pada itu menjelaskan misi tersebut mempunyai dua objektif.

Yang pertamanya, kata beliau ialah untuk membawa ubat-ubatan dan memberi rawatan kepada mangsa tercedera.

“Keduanya ialah melaksanakan misi membantu mencari mangsa-mangsa yang masih tertimbus dan membantu pengurusan jenazah yang belum sempurna,” jelas beliau.-MY WD