KUALA LUMPUR, 12 Dis – “Tiada sebab mengapa saya perlu minta maaf, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung gesaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mahu beliau berbuat demikian.

Ia susulan beberapa teguran Muhyiddin secara terbuka kepada kepimpinan tertinggi parti, termasuk berkaitan dana politik RM2.6 bilion dan krisis bebanan hutang 1MDB.

“Saya tak melihat sebab munasabah saya perlu memohon maaf kerana apa yang disebut bukan soal peribadi tetapi kepimpinan dan prinsip perjuangan parti.

“Saya tak fikir kenyataan saya menyalahi perlembagaan dan tidak selari dengan tujuan dan semangat kita hak yang benar,” katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin menegaskan bahawa teguran yang dibuatnya itu kerana cinta yang mendalam terhadap parti dan mahu UMNO kekal diyakini dan disayangi rakyat. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY