KUALA LUMPUR, 16 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
merakamkan ucapan takziah atas kembalinya ke Rahmatullah bekas Mufti Wilayah
Persekutuan Tan Sri Abdul Kadir Talib hari ini.

Allahyarham Abdul Kadir, 86, meninggal dunia kerana sakit tua di sebuah
pusat perubatan di sini pada 6.40 pagi.

“Takziah atas pemergian Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib, mantan Mufti
Wilayah Persekutuan.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah,” kata Najib
melalui akaun Twitternya @NajibRazak, hari ini.

Allahyarham Abdul Kadir, yang berasal dari Pontian, Johor, menjadi Mufti
Wilayah Persekutuan dari Julai 1991 hingga Januari 1997.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan
Islam Bukit Kiara di sini selepas disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun
Dr Ismail. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY