KOTA KINABALU, 23 Julai – Pakatan Badan Bukan Kerajaan
Pro-Barisan Nasional hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen
DAP Tony Pua yang mengaku beberapa kali menemui editor Sarawak Report, Clare
Rewcastle-Brown, yang didakwa berniat jahat terhadap kerajaan Malaysia.

Menurut Presiden pakatan itu Zulkarnain Mahdar dengan pendedahan Pua itu
sendiri, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terhadap Pua kerana pertemuan
itu merupakan satu bukti kukuh mengenai kemungkinan penglibatan Pua berhubung
isu dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami juga mahu supaya Pua meletak jawatan sebagai panel ahli Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat 1MDB tetapi pada masa sama memfitnah
1MDB,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, hari ini.

Zulkarnain berkata siasatan dalam PAC merupakan perkara sulit dan Pua tidak
seharusnya berada dalam kumpulan ahli panel itu.

Semalam, Pua mendedahkan beliau ada bertemu Editor Sarawak Report, Clare
Rewcastle-Brown beberapa kali di Singapura, Indonesia dan London.

Pua bagaimanapun menafikan pertemuannya dengan bekas eksekutif PetroSaudi
International, Xavier Andre Justo dan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi.-
Amelia Wan (WD MY)

LEAVE A REPLY