KUALA LUMPUR, 15 Nov – Timbalan Perdana Menteri hadir bersama Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional merasmikan penjenamaan semula Parti Progresif Penduduk.

Menurut Presidennya, Tan Srii M Kayveas My PPP bermaksud Peace (Aman) Progress (Kemajuan) Prosperity (Kekayaan) merupakan simbolik kepada PPP yang dianggotai pelbagai kaum negara ini.

Ahmad Zahid dalam ucapan perasmiannya berkata pemimpin jangan jadi pemimpin bermusim.

“Kita jangan jadi pemimpin yang akan dekat kepada bawah atau pengundi apabila kita nak menjadi calon, kita perlu jadi pemimpin yang sentiasa bersama rakyat dan sentiasa ambil berat dan menjaga rakyat,” kata beliau.

“Parti-parti di dalam Barisan Nasional perlu dimantapkan dan dirapatkan, kalau ada masalah kecil-kecil selesaikan segera agar parti Barisan Nasional kekal kukuh dan kuat.”

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kemudian merasmikan logo baru My PPP.

Berita Selanjutnya menyusul

LEAVE A REPLY