PUTRAJAYA, 16 Mac – Notis…. Pihak Polis memperoleh notis merah daripada INTERPOL bagi menahan empat rakyat Korea Utara dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata individu berkenaan yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada hari insiden pembunuhan itu pada 13 Februari lalu, kini dipercayai berada di Pyongyang.

“Kita berharap dapat menangkap mereka melalui INTERPOL.

“Siasatan masih diteruskan dan belum selesai, ” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Mengenai Rohingya 2017 di sini, hari ini.

Khalid berkata, keempat-empat suspek Korea Utara itu dipercayai berada di Pyongyang sekarang.
Beliau berkata kesemua suspek terbabit berada di klia2 semasa kejadian dan telah meninggalkan Malaysia.
Keempat-empat lelaki yang dikehendaki itu adalah Rhi Ji-hyon, 33, Hong Song-hac, 34, O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57.
Mereka telah memasuki Malaysia secara berasingan beberapa hari sebelum pembunuhan itu.
Khalid berkata mayat Jong Nam telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar untuk diuruskan.
Mengenai mayat Jong-nam, Khalid berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan dan Wisma Putra untuk mengendalikannya. – WD MY