BAGAN DATUK, 20 Jan – Mangsa Fitnah…….. RM500 juta wang simpanan dikeluarkan dari Tabung Haji (TH) sepanjang tahun lalu berikutan pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap institusi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tindakan tidak bertanggungjawab dilakukan wakil rakyat pembangkang menyebabkan 3,600 pendeposit menarik diri daripada pergi mengerjakan ibadah itu.

“Fitnah ini menyebabkan pendeposit melakukan tindakan itu, malah dalam ruang untuk alasan disediakan (dalam borang) mereka menulis ‘saya hilang kepercayaan kepada Tabung Haji’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan sempena majlis Karnival Mahabbah Institusi-Institusi Agama sempena Pemukiman Menteri Besar Perak Daerah Bagan Datuk di Masjid Al-Falah, Sungai Nipah Darat, di sini, hari ini.

“Bayangkan kalau duit TH dilabur dalam bentuk aset seperti rumah, kilang dan tanah, mana kita cari tunai (untuk pulangkan wang kepada pendeposit), nasib baik kita ada tunai yang mampu tampung,” katanya. – WD MY