KUALA LUMPUR, FEB 23 – PENGAMAL MEDIA…Pengamal media digesa meningkatkan usaha menangani berita palsu dalam media sosial terutamanya ketika musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Memandangkan bahang pilihan raya, berita palsu dijangka semakin banyak tersebar di pasaran, kami berharap media dapat menanganinya.

“MCA bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada rakan-rakan media kami,”katanya ketika berucap pada majlis MCA Media Night yang dihadiri lebih 1,000 pengamal media di ibu pejabat parti malam tadi

Menteri Pengangkutan ketika itu telah mengucapkan syabas kepada media kerana penyaluran maklumat yang tepat telah memastikan rakyat terus menikmati perkembangan program transformasi negara dengan berkesan.

“Hubungan MCA dengan media bagai aur dengan tebing…kita berharap kerjasama dan pakatan yang dicapai selama ini dapat terus dipertingkatkan agar maklumat mengenai polisi, program dan usaha kerajaan dapat terus disampaikan kepada rakyat,”katanya. – MY WD