SAN FRANCISCO,SEPTEMBER 8:ALIBABA…ALIBABA. Alibaba, Jack Ma mengumumkan beliau akan berundur daripada gergasi e-dagang China itu Isnin ini untuk menumpukan masa untuk kerja kebajikan yang memfokus kepada pendidikan.

Ma adalah seorang guru bahasa Inggeris sebelum memulakan Alibaba pada tahun 1999 sehingga ia berkembang menjadi gergasi internet bernilai berjuta-juta dolar.

Katanya kepada The New York Times, beliau merancang untuk berundur dari syarikat itu dan menyifatkan persaraannya sebagai ‘permulaan satu era’ dan bukannya satu pengakhiran.-MY WD