PENIAGA DANAU KOTA MENGGANGGU JALAN RAYA, PERLU DIPINDAHKAN

PENIAGA DANAU KOTA MENGGANGGU JALAN RAYA, PERLU DIPINDAHKAN

915
0

KUALA LUMPUR, OGOS 30: DIPINAHKAN…Lebih 800 peniaga dan penjaja di Uptown Danau Kota, Setapak di sini akan dipindahkan ke lokasi sementara sebelum tapak kekal yang baharu siap dibina.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew berkata, perbincangan pihaknya dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih berjalan dan tapak sementara tersebut juga sudah dikenalpasti.

Katanya, pemindahan kesemua penjaja sama ada berlesen mahupun tidak berlesen akan dilaksanakan ekoran pelbagai isu berbangkit di tapak sedia ada seperti masalah kesesakan dan kebersihan yang menjejaskan kawasan perumahan di sekitarnya.

“Beberapa persatuan penduduk dan pengusaha perniagaan di premis sekitar bazar membuat aduan mengenai kesesakan di kawasan itu selain waktu operasinya yang tidak mengikut jadual ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan dengan beberapa wakil persatuan penduduk dari Taman Setapak Indah, Taman Danau Kota dan Taman Ibu Kota berhubung isu berkenaan.-MY WD