BALAKONG,SEPTEMBER 8:TERENDAH…Calon MCA bagi PRK Dun Balakong, Tan Chee Teong gusar dengan suasana hambar sekitar 16 pusat daerah mengundi (PDM) di Dun itu.

Beliau yang melakukan tinjauan di pusat-pusat pengundian bimbang jika PRK Balakong kali ini mencatat peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah.

“Saya rasa khuatir dengan peratusan keluar mengundi, bimbang ia mencatat peratusan terendah dalam sejarah pilihan raya.

“Suasana sambutan pengundi¬† di 16 pusat daerah mengundi di Dun Balakong ini sangat dingin,” katanya ketika ditemui media di Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun.

Chee Teong tanpa berselindung menyatakan sekiranya beliau menang ia sesuatu perkara yang ajaib.

“Kalau saya menang tu ajaib lah, tapi saya rasa saya kalah.

“Cuma apa yang saya risaukan peratusan keluar mengundi, sangat tak memuaskan,” ujarnya.

Setakat jam 2 petang ini, sebanyak 31 peratus pengundi direkodkan menunaikan tanggungjawab mereka di Dun Balakong.-MY WD