KUALA LUMPUR, 5 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengucapkan takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil
Sultan Ibrahim malam ini.

“Merafak sembah takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Y.A.M. Tunku
Abd Jalil Sultan Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib
dalam laman Twitter dan Facebooknya hari ini.

Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam di
Hospital Sultanah Aminah di sini akibat kanser.

Almarhum merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada
Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY