KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pizza Hut Malaysia ingin meraikan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba bersama para penggemar piza dengan hidangan lazat yang wajib untuk dikongsi – Dulang Citra Ramadan. Sebagai sebahagian daripada promosi Citarasa Ramadan yang ditawarkan pada setiap bulan puasa bagi menghargai peminat-peminat, Dulang Citra Ramadan memperkenalkan item baru yang unik iaitu Nasi Ayam Itali Kurma.

Dengan slogan “Berbuka lebih istimewa apabila dikongsi bersama”, Dulang Citra Ramadan menampilkan pelbagai juadah lazat pada harga yang amat berpatutan dan sesuai untuk dinikmati beramai-ramai. Selain daripada hidangan piza, keenakan Nasi Ayam Itali Kurma pasti akan memikat selera anda. Lazat dan memuaskan, menu ini merupakan sajian nasi yang dimasak dengan rempah istimewa, cebisan ayam, sosej ayam, dan cendawan. Keenakannya diserlahkan lagi dengan kuah kurma yang lazat. Peminat hidangan pasta pula boleh menjamu selera dengan Beef Arrabiata Spaghetti dengan hirisan daging lembu, cendawan dan lada benggala serta dihidang pula dengan sos Arrabiata dan hirisan cili kering. Sementara itu, Piza Smokin’ BBQ Chicken pula mengandungi cebisan ayam panggang, cendawan, bawang serta keju mozarela dan dilazatkan lagi dengan sos barbeku.

“Kami gembira kerana dapat menyediakan hidangan istimewa buat para pelanggan sebagai juadah berbuka puasa. Di Pizza Hut, pasukan R&D kami sentiasa berusaha mencari kaedah terbaik bagi mencipta keunikan rasa untuk pelanggan kami. Untuk itu, kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menghidangkan satu kelainan kepada pelanggan kami sempena bulan Ramadan dan Syawal kali ini,” kata Felix D. Michael, Ketua Pizza Hut Malaysia.

Untuk menikmati hidangan berdua, pelanggan boleh memilih Dulang Citra Ramadan 1, mengandungi pilihan Smokin’ BBQ Chicken atau piza Hawaiian Chicken saiz sederhana, Nasi Ayam Itali Kurma, Acar, Chicken Fingers, Chips and Tomato Salsa, dan dua gelas Zesty Selasih. Sementara itu, Dulang Citra Ramadan 2 pula sesuai dihidangkan untuk empat orang dan mengandungi pilihan piza Smokin’ BBQ Chicken atau piza Hawaiian Chicken saiz besar, sepinggan Beef Arrabiata Spaghetti atau Bolognaise Spaghetti, satu Nasi Ayam Itali Kurma, Acar, Chicken Fingers, Chips and Tomato Salsa dan satu jag minuman Zesty Selasih. Harga untuk Dulang Citra Ramadan 1 adalah RM42.50 bersih (hanya RM21.25 bersih seorang), manakala Dulang Citra Ramadan 2 pula berharga RM65.50 bersih (hanya RM16.40 bersih seorang) (harga mungkin berbeza-beza mengikut lokasi).

Sempena Kempen World Hunger Relief 2015 dan menghayati semangat Ramadan yang menggalakkan sikap menderma, setiap set Citarasa Ramadan yang dibeli mampu membantu kanak-kanak yang kelaparan. Oleh itu, bagi setiap pembelian set ini, sebanyak 50 sen akan disumbangkan kepada dana World Hunger Relief. (Bagi pelanggan yang tidak ingin mengambil bahagian, mereka boleh memaklumkan kepada krew di restoran).

Strategi pengiklanan dan promosi Citarasa Ramadan termasuk pengumuman melalui media sosial, titik bahan jualan (POSM) serta risalah – untuk pencapaian yang lebih meluas kepada pelanggan. Promosi Citarasa Ramadan kini boleh didapati di semua cawangan restoran Pizza Hut di seluruh negara untuk tempoh yang terhad bermula dari 15 Jun hingga 21 Julai 2015. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY