JAKARTA, 24 SEPT – BOM…. Polis Indonesia memaklumkan pasukan anti pengganasnya menahan lapan militan dan menemui bahan pembuatan bom yang disyaki disiapkan untuk serangan terhadap ibu pejabat polis di ibu negara itu.

Menurut kenyataan jurucakap polis, Iqbal Alqudusy semua suspek adalah ahli kumpulan bersimpati kepada Daesh, Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

“Mereka sudah menyiapkan semua bahan untuk membuat bom dan melakukan serangan terhadap ibu pejabat polis dan anggota yang bertugas,” kata Alqudusy.

Ketika beberapa serbuan di dalam dan sekitar ibu negara, polis merampas senjata, periuk memasak tekanan tinggi yang akan dipenuhkan dengan paku dan nat serta serbuk letupan tidak stabil TATP atau triceton triperoksida. – WD  MY