KUALA LUMPUR, 23 Jun – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menggesa supaya pihak berwajib mengambil tindakan dan mencari jalan penyelesaian mengenai pembaziran makanan yang semakin teruk pada bulan Ramadan ini.

Menurut Dato Nadzim Johan, pembaziran makanan di bulan Ramadan amatlah luar biasa.

“Pembaziran makanan di bulan Ramadan ini amatlah luar biasa dengan budaya masyarakat masa kini dengan membazirkan makanan,” kata Nadzim.

Beliau juga berkata bahawa kos makanan asas seperti ayam, daging dan sayur meningkat dengan pembaziran yang telah dibuat oleh orang ramai.

“Saya menggesa pihak hotel dan penyedia buffet mencari jalan supaya mengelakkan pembaziran..bukan sahaja caj yang mahal bagi sesuatu buffet namun seperti tidak kisah seperti pembaziran makanan yang dibuat oleh pelanggan.”

Pihak hotel perlu mengenakan caj jika pelanggan membazir makanan yang di ambil serta perlu mengubal polisi agar makanan yang tidak habis boleh di berikan kepada individu yang memerlukan makanan.

“Pengguna biasa memberi maklumat dengan kadar caj dan saya rasa pihak yang berwajib seperti Jakim dan KPDNKK mencari jalan agar pembaziran dapat dikurangkan,” kata Nadzim di sidang media di sini.
– Faizal Dato Badarudin, Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY