WASHINGTON, 14 Mac – Benarkan….. Langkah Bom Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi kuasa baharu kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk menjalankan serangan dron terhadap suspek militan, lapor Wall Street Journal hari ini, memetik seorang pegawai AS.

Langkah itu akan menjadi satu perubahan daripada dasar pentadbiran bekas Presiden Barack Obama yang mengehadkan peranan separa tentera CIA, kata akhbar itu. – WD MY