Debaran Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kian terasa. Saat ini pihak pembangkang terutamanya semakin tidak sabar menekan butang untuk berperang dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Belum pun lagi parlimen dibubarkan, pihak pembangkang sudah membuat tuduhan terhadap kerajaan BN kononnya PRU14 ini bakal menjadi pilihan raya umum paling kotor dalam sejarah Malaysia. Persoalannya,sejauh mana dakwaan pembangkang itu benar?

Lupakah pembangkang permainan kotor ini adalah dari pihak pembangkang itu sendiri? Masih ingatkah bagaimana proses yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan ketelusan proses undi ketika PRU13?

Untuk memastikan ketelusan dalam PRU13, SPR telah menjemput 18 pemerhati antarabangsa untuk menyaksikan proses pilihanraya umum berjalan dengan lancar. Pemerhati ini terdiri daripada masing-masing enam wakil dari Indonesia dan Thailand, manakala masing-masing dua lagi dari Mnyanmar dan Kemboja serta dua wakil dari Sekretariat Asean.

Bukan itu sahaja, seramai 1,200 pemerhati tempatan terdiri daripada 17 pertubuhan bukan kerajaan turut terlibat untuk memastikan proses pilihan raya di negara ini berlangsung dengan adil.

Kotornya pembangkang, apabila menfitnah SPR pada 5 Mei 2013 setelah pengumuman kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13. Fitnah pembangkang mengenai insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah menyebabkan beribu penyokong Pakatan Harapan berhimpun di Stadium Kelana Jaya pada malam pengumuman keputusan PRU-13. Apa sebenarnya yang berlaku?

Akhirnya setelah empat bulan selepas itu Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming bersetuju dengan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) bahawa insiden padam lampu (blackout) tidak pernah berlaku.

Paling malang rakyat Malaysia diperbodohkan dengan fitnah kononnya seramai 40,000  warga Bangladesh telah dibawa masuk sebagai pengundi hantu. Dakwaan ini telah menyebabkan beberapa insiden pergaduhan dan pertengkaran gara-gara ada pengundi warga Malaysia dihalang dari membuang undi hanya kerana rupa paras mereka yang mirip dengan warga Bangladesh. Malah, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, A. K. M. Atiqur Rahman juga menafikan dakwaan pembangkang ini.

Dan jika penyokong pembangkang mempunyai otak yang waras dan tahu tentang proses bagaimana pembuangan undi sehingga pengiraan kertas undi dijalankan tentu mereka akan marah akibat diperbodohkan oleh kumpulan yang mereka undi.-MY WD