MAKKAH, 8 MEI – MULA….. Pusat Arahan Keselamatan Penerbangan Awam mengerah semua kapasitinya demi memberi khidmat kepada jemaah dan pelawat ke Masjidilharam sepanjang ibadat umrah ketika Ramadan.

Langkah itu adalah sebahagian pelan komprehensif diselaraskan dengan pihak berkuasa keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan.

Pusat arahan itu mula menjalankan pemantauan udara setiap hari di Masjidilharam termasuk kawasan sekitar, laluan menuju ke masjid suci itu serta lebuh raya ke bandar ini.

Laporan portal Arab News menyebut, tugas pusat arahan itu termasuk pemantauan udara dan lalu lintas, perkhidmatan kecemasan dan menyediakan sokongan logistik kepada badan kerajaan.

Data direkodkan kemudian dipindahkan ke pihak berkuasa relevan untuk dinilai dengan wajar. Pesawat yang mengambil bahagian dalam latihan untuk menangani nahas potensi akan bekerja 24 jam seminggu bagi menjamin keselamatan jemaah.

Katanya, pelan keselamatan Masjidilharam memiliki tiga aspek utama iaitu organisasi bagi menguruskan dan mengawal orang ramai; keselamatan bagi melindungi jemaah dan kemanusiaan yang memfokuskan bantuan warga emas, pesakit, kanak-kanak serta jemaah yang sesat. – WD MY