WASHINGTON, 23 Jan – LULUSKAN….. Senat Amerika Syarikat (AS) akhirnya mencapai kata sepakatĀ  meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara bertujuan menamatkan penutupan kerajaan selama tiga hari.

Langkah menyalurkan dana untuk operasi persekutuan sehingga 8 Februari depan, mudah diluluskan dengan sokongan 81 undian berbalas 18.

Ia dicapai selepas Demokrat mendapat jaminan Republikan dalam menangani nasib ratusan ribu pendatang muda yang berdepan kemungkinan pengusiran menjelang awal Mac.

Langkah perbelanjaan itu kini akan dibawa ke Dewan Perwakilan.

Pemimpin Republik yakin ia akan diluluskan dengan sokongan yang mencukupi, sebelum dihantar ke Rumah Putih untuk ditandatangani Presiden Donald Trump.- WD MY