LONDON, 26 Sept – SERANGAN….. Firma akauntan terkemuka, Deloitte, memaklumkan yang serangan siber yang dialaminya hanya menjejaskan data sebilangan kecil pelanggan, namun enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu.

“Penggodam berjaya mengakses data menerusi pangkalan e-mel syarikat,” kata Deloitte menerusi satu kenyataan.

Susulan kejadian itu, Deloitte berkata, firma itu sudah menubuhkan satu pasukan pakar keselamatan siber untuk mengkaji sistem sedia ada, selain mengenal pasti maklumat yang terdedah kepada risiko.

Katanya, hasil siasatan mendapati hanya ‘beberapa pelanggan’ yang terjejas dalam serangan siber terbabit.

“Tiada gangguan berlaku kepada perniagaan pelanggan atau keupayaan Deloitte untuk terus menyediakan khidmat kepada pelanggan atau kepada pengguna,” katanya. – WD MY