BANGKOK, 5 Ogos – Sumbangan Peribadi…. Timbalan Perdanan Menteri yang dalam rangka lawatan kerja ke Thailand sempat menunaikan solat Jumaat dan menghulurkan sumbangan peribadi beliau di salah masjid di sini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang sedang
dalam lawatan kerja dua hari ke Thailand, menunaikan solat Jumaat di Masjid
Haroon di sini hari ini bersama umat Islam tempatan.

Selain menunaikan solat Jumaat, timbalan perdana menteri turut memberi
sumbangan peribadi kepada masjid yang terletak Jalan Charoen Krung di
tengah-tengah ibu negara Thailand itu.

“Sumbangan peribadi itu untuk membina ruang solat wanita di masjid
berkenaan,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas pulang ke Malaysia selepas
menamatkan lawatan kerja dua harinya ke Thailand.

Sumbangan peribadi Ahmad Zahid itu diserahkan kepada Imam Besar masjid
berkenaan, Abdul Ahad selepas solat Jumaat itu.

Turut sama menunaikan solat Jumaat di Masjid Haroon bersama timbalan perdana
menteri adalah pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar
Negeri serta media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja beliau.

Selepas menunaikan solat Jumaat, timbalan perdana menteri mengadakan
pertemuan dengan rakan sejawatannya Jen Prawit Wongsuwan yang juga Menteri
Pertahanan.

Sebelum itu pada sebelah pagi, beliau bertemu dengan seorang lagi Timbalan
Perdana Menteri Thailand Wissanu Krea-ngam.

LEAVE A REPLY