MELAKA, 16 Jun –  Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas E?rmieyati Samsudin meminta semua pihak supaya tidak memperbesarkan isu pakaian gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi ketika beraksi dalam acara gimnastik pada S?ukan SEA ke-28 di Singapura baru-baru ini.

?”Kita tidak boleh berkompromi apabila melibatkan hukum Islam tetapi pada ?masa sama tidak adil untuk menghukum Farah Ann kerana pakaian yang digunakan d?alam acara itu,” katanya.

Tambah Ketua Puteri Umno itu dalam kenyataan beliau hari ini, mungkin sudah masanya isu pakaian bagi gimnas dibincangkan b?ersama pelbagai pihak berkepentingan agar ia lebih sesuai dengan wanita Islam.

?Mas Ermieyati berkata isu tersebut seharusnya ditangani dengan baik agar t?idak menjatuhkan maruah seseorang kerana Farah Ann beraksi dalam acara tersebut d?emi negara dan menyumbangkan pingat emas dalam acara gimnastik.

?Kritikan ke atas gimnas itu bermula apabila sebuah stesen televisyen swasta ?memuat naik gambar yang dikatakan menjolok mata atau kurang sopan, selepas b?eliau memenangi pingat emas tersebut.? -Sofea Nawar (WD MY)?

LEAVE A REPLY