BAGAN DATUK, 17 Feb – UMUM…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan 100 trak makanan akan disediakan untuk peniaga di daerah ini bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Kemudahan trak makanan itu akan disediakan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang akan ditempatkan di perkarangan Dataran Bagan Datuk di sini.

“Saya telah memberitahu kepada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Tan Sri Ahmad Zaki Ansore (Mohd Yusof) supaya membeli 100 trak makanan masing-masing 50 trak kepada YBUDR dan FAMA.

“Insya-AlIah, ia akan mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk kami laksanakan,” katanya ketika berucap pada Program Sembang Santai Petang Bersama Anak Rantau Rungkup serta penduduk setempat di Simpang Empat, Rungkup hari ini.

Kira-kira 100 penduduk setempat hadir pada program santai berkenaan dengan turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin. – WD MY