SHAH ALAM, JULAI 23:SOSMA… Kerajaan akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi memberi keadilan kepada rakyat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, rakyat akan dilindungi dengan undang-undang yang adil supaya setiap kesalahan yang dilakukan ditentukan pihak mahkamah.

“SOSMA (contohnya) membolehkan kerajaan tangkap sesiapa saja tanpa dibawa ke mahkamah.

“Pakatan Harapan akan ikut undang-undang. Ada undang-undang negara ini kita kuat kuasakan supaya rakyat tak ditindas dengan kerajaan yang tak peduli dengan undang-undang negara.-MY WD