KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Perlumbaan KL City Grand Prix 2015 yang masuk ke hari kedua menarik minat bukan sahaja pelancong dari dalam malahan pelancong luar negara hadir menyaksikan perlumbaan di tengah ibukota Kuala Lumpur ini.

Perlumbaan yang masuk hari kedua ini menyaksikan beberapa segmen perlumbaan antaranya Formula Masters China Series, KL City Cup, Lamborghini Super Trafeo Asia dan V8 Supercars Challenge.

Antara pengunjung tempatan yang ditemui hadir bagi menyaksikan perlumbaan pertama kali di adakan ini adalah Nadiah Leman yang berasal dari Melaka.

Menurutnya, beliau sekeluarga bertolak dari Melaka pada pagi ini untuk menyaksikan perlumbaan di tengah kota KL yang begitu menarik untuk sekeluarga menyaksikan bersama.

“Saya hadir semata-mata untuk menyaksikan perlumbaan ini yang kali pertama di adakan tambahan ia di adakan pada hujung minggu membolehkan saya membawa seluruh seisi keluarga menyaksikannya disini,” katanya.

Manakala bagi Roslan Ramli yang berasal dari Shah Alam pula beliau amat meminati sukan permotoran dan kesempatan ini tidak dilepaskan peluang bersama menyaksikan di tengah ibukota.

“Saya amat meminati sukan permotoran dan bagi saya ia adalah sesuatu yang amat dinantikan walaupun kali pertama dianjurkan, ia amat menarik perhatian,” katanya yang ditemui di hadapan Zone Podium hadapan Jalan Ampang.

Acara ini mendapat sokongan sepenuhnya dari Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan badan swasta yang lain.

Menurut M Arrasu, Ketua Pegawai Eksekutif GT Global, dijangka 100 ribu pengunjung di jangka menyaksikan pelumbaan ini yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat. – Faizal Dato Badarudin, Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY