PARIS, 10 Mac – Pertahan……. WikiLeaks, Julian Assange berkata, organisasinya akan bekerjasama dengan syarikat teknologi bagi membantu mempertahankan diri mereka daripada alat godaman Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Dalam sidang akhbar atas talian, Assange mengakui, ada syarikat meminta maklumat lanjut mengenai kit intipan siber CIA yang sengaja didedahkan kewujudannya secara besar-besaran, Selasa lalu.

“Kami memutuskan untuk bekerjasama dengan mereka dalam memberi beberapa akses eksklusif mengenai butiran teknikal yang kami ada,” katanya hari ini.

Setakat ini CIA enggan mengulas mengenai kesahihan kebocoran itu.

Assange membuat kenyataan itu secara langsung di Facebook. – WD MY