PULAU PINANG, APRIL 13: LAPORAN….Poster kononnya satu program yang yang memberikan 5000 baju dalam percuma di SK Permatang Tok Kandu dianjurkan Pengerusi BN Permatang Pauh.

Laporan polis telah dibuat berhubung poster bantuan cermin mata pihaknya yang diubah suai menjadi bantuan pakaian dalam wanita oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said .

Poster yang diubah suai menjadi program pemeriksaan dada secara percuma dan bentuk cermin mata diubah menjadi pakaian dalam wanita itu tular di media sosial sejak semalam.

Menurut Mohd Zaidi, poster yang tular itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan memalukan kaum wanita.

“Saya minta polis siasat perkara ini sehingga tertangkapnya dalang di sebalik pengubahsuaian poster itu,” katanya.-MY WD